SMK Bandar Baru Serting dinobat Juara Kuiz PNB

SMK Bandar Baru Serting dinobat Juara Kuiz PNB

SMK BANDAR Baru Serting membawa pulang hadiah berupa unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM3,600.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Bandar Baru Serting dari Negeri Sembilan dinobat juara Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) baru-baru ini bagi Kategori Remaja mengatasi empat sekolah finalis yang merupakan sebahagian daripada 300 sekolah Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB).

PNB berkata, juara kuiz kebangsaan itu membawa pulang hadiah berupa unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM3,600.

“Empat sekolah lain yang bertanding dalam pusingan akhir ialah SMK Rosli Dhoby, Sarawak (naib johan), SMK Tengku Sarafudin Badlishah, Kedah (tempat ketiga), SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur (tempat keempat) dan SMK Dato’ Ahmad Maher, Kelantan (tempat kelima).

“Kuiz ini menawarkan hadiah dalam bentuk unit ASB atau mana-mana unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

“Jumlah keseluruhan hadiah untuk pertandingan ini adalah RM11,700, di mana naib johan menerima unit bernilai RM3,000 dan pemenang tempat ketiga dianugerahkan unit bernilai RM2,100. Dua hadiah saguhati turut diberikan kepada finalis, masing-masing bernilai RM1,500,” katanya dalam kenyataan.

Kuiz Pelaburan PNB bertujuan untuk memupuk literasi kewangan dan kesedaran pelaburan dalam kalangan pelajar muda.

Dilancarkan pada 2001, Kategori Remaja pada awalnya terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Namun, mulai 2023, penyertaan ditetapkan kepada sekolah-sekolah yang berdaftar dalam program KPBPNB.

Tahun ini, Kuiz Pelaburan PNB menerima 12,739 penyertaan, menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan sejak ia dilancarkan sebanyak 448,353.

Dalam pada itu,Ketua Pegawai Eksekutif ASNB, Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee berkata, PNB kekal teguh dalam mencapai matlamatnya, untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

“Program KPBPNB bertujuan untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan pengetahuan kewangan yang kukuh, termasuk perancangan kewangan dan pelaburan, dari seawal usia yang mungkin, bermula dari zaman persekolahan mereka.

“Perancangan kewangan adalah asas penting untuk mencapai kestabilan ekonomi dan kejayaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya