Skandal rasuah ADUN: 'Saya tidak pernah ingat perbualan itu'

Skandal rasuah ADUN: ‘Saya tidak pernah ingat perbualan itu’

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Saya tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya.”

Demikian kenyataan Menteri Kewangan Sabah yang juga Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun.

“Saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan itu telah disunting.

“Yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya ketika mengulas tentang rakaman video ‘whistleblower’ yang mengaitkan namanya seperti disiarkan dalam sebuah portal berita.

Walau bagaimanapun, beliau mengalu-alukan sebarang siasatan ke atas dakwaan ini oleh pihak yang berwajib.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan itu berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Selain itu, terdapat rakaman video yang mengaitkan Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif (Membakut), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Datuk Masiung Banah (Kuamut).

Ketika dihubungi, Yusof enggan memberi komen lanjut dan memaklumkan beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hari ini lima rakaman video telah didedahkan oleh portal berita berkenaan menjadikan keseluruhan video yang didedahkan kepada lapan video. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya