Skandal rasuah ADUN: Masidi secara sukarela ke pejabat SPRM 

Skandal rasuah ADUN: Masidi secara sukarela ke pejabat SPRM 

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun tampil ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri secara sukarela bagi membantu siasatan kes rasuah yang didakwa membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Masidi yang juga Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 8 malam.

“Sepertimana yang saya telah maklumkan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak yang berwajib untuk menyiasat isu ini. 

“Kunjungan saya ke Pejabat SPRM malam ini adalah untuk membantu siasatan dan tanda sokongan saya kepada usaha SPRM membanteras rasuah di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

ADUN Karanaan mengambil keputusan itu selepas rakaman video tular yang mengaitkannya dalam skandal rasuah membabitkan ADUN Sabah berkaitan perolehan projek mineral.

Semalam, sebuah portal berita mendedahkan lima lagi video termasuk video memaparkan perbualan antara Menteri Kewangan tersebut bersama pemberi maklumat dalam kes berkenaan. 

Rakaman video yang didedahkan turut mengaitkan Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif (Membakut), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Datuk Masiung Banah (Kuamut).

Sehingga semalam, lapan rakaman video berkaitan skandal rasuah didakwa membabitkan ADUN Sabah telah didedahkan kepada umum. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya