Skandal rasuah ADUN: Lapor polis, saman pemberi maklumat

Skandal rasuah ADUN: Lapor polis, saman pemberi maklumat

SUHAIMI NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyarankan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) yang terkait dengan skandal rasuah membuat laporan polis dan tindakan saman.

Tindakan saman terhadap pemberi maklumat itu penting bagi menyampaikan mesej tegas bahawa tuduhan palsu tidak harus diterima dan kebenaran harus ditegakkan.

Beliau berkata, tuduhan yang dibuat oleh pemberi maklumat terhadap pentadbiran kerajaan negeri itu cukup serius.

“Tuduhan-tuduhan tersebut bukan sahaja telah mencemarkan nama baik Ketua Menteri dan kerajaan Sabah tetapi juga, menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi pentadbiran negeri serta pelabur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahli Parlimen Libaran berkata, beliau akan terus memantau perkembangan isu ini dan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana pihak yang berusaha untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Tindakan tegas ini perlu untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus dihormati dan dipercayai oleh rakyat,” katanya.

Suhaimi yang juga ADUN Dilantik berkata, pentadbiran kerajaan negeri bertanggungjawab memastikan pentadbirannya beroperasi dengan penuh integriti dan bebas daripada sebarang unsur fitnah atau tohmahan tidak berasas.

Semalam, pemberi maklumat mencabar Ketua Menteri dan ADUN-ADUN terlibat untuk memfailkan saman terhadapnya atas tuduhan fitnah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya