Skandal rasuah ADUN: Kerajaan Sabah tidak tunduk kepada ancaman politik

Skandal rasuah ADUN: Kerajaan Sabah tidak tunduk kepada ancaman politik

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah tidak akan tunduk kepada usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tuduhan bahawa wakil rakyat meminta habuan atau melakukan salah laku berkaitan isu lesen perlombongan adalah tidak berasas.

“Perbuatan mengaitkan rakaman video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat, termasuk ancaman berbentuk pemerasan jenayah adalah tindakan terdesak yang bertujuan mencemar nama baik kerajaan dan menjejaskan kestabilan politik Sabah.

“Kerajaan negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong (mining lease) kepada mana-mana pihak. Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong telah diberikan adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini, kerajaan hanya mengeluarkan prospecting license yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral.

Katanya, itu adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan mining lease daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.

Malangnya isu ini telah dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan kumpulan tersebut melibatkan tanah yang sangat luas hampir sejuta ekar. Namun, sebahagian besar tanah itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya, kawasan tadahan air, dan kawasan pemeliharaan.

“Jadi, apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video telah disebarkan sebagai usaha untuk mengancam kerajaan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, beliau memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbirannya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran.

Semalam, lima rakaman video didedahkan oleh sebuah portal berita yang mengaitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif (Membakut), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Datuk Masiung Banah (Kuamut). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya