Siti Khadijah Halim sebak tengok Biduanita Negara depan mata - Utusan Malaysia

Siti Khadijah Halim sebak tengok Biduanita Negara depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kali pertama bertemu biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam sebuah majlis baru-baru ini, pelakon, Siti Khadijah Halim, gagal menahan sebak apabila berpeluang melihat penyanyi itu secara depan mata.

Momen istimewa itu diabadikan pelakon berusia 27 tahun itu menerusi Instagramnya, baru-baru ini.

Menerusi video itu, Siti berkongsi rasa teruja sambil dirakam menitiskan air mata pada detik istimewa itu.

“Sebak you, jumpa idola dari kecil,” tulisnya.

Pelakon berkenaan bukan sahaja berpeluang melihat persembahan penyanyi nombor satu negara itu sewaktu majlis Rizman Ruzaini Ball 2024, malah sempat merakamkan gambar bersama di acara tersebut.

Rizman Ruzaini Ball 2024 turut diserikan dengan persembahan memukau Hael Husaini, Jaclyn Victor dan Aina Abdul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya