Siswazah wanita ramai tetapi tidak bekerja?

Siswazah wanita ramai tetapi tidak bekerja?

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita terus membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila kadar kemasukan golongan itu ke universiti jauh mengatasi lelaki saban tahun.

Namun, persoalan timbul apabila kelebihan ini tidak digunakan sepenuhnya dalam penyertaan aktif di pasaran kerja sehingga mencetuskan perbincangan tentang cabaran dan halangan yang dihadapi graduan wanita.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub-indeks Pencapaian pendidikan dengan skor 107.1 peratus.

Beliau berkata, kadar enrolmen di peringkat rendah, menengah dan tertiari bagi perempuan secara konsisten adalah lebih tinggi berbanding lelaki sejak sedekad lalu.

“Pada 2023, kadar enrolmen kasar bagi perempuan di peringkat rendah dan menengah masing-masing ialah 99.5 peratus dan 94.9 peratus.

“Di peringkat tertiari, wanita merekodkan 50.7 peratus berbanding lelaki (33.8%).Pencapaian ini menunjukkan komitmen negara dalam menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, sub-indeks penguasaan politik pula mencatatkan skor terendah pada 9.6 peratus, iaitu 16.1 peratus wanita memegang jawatan menteri pada 2023.

“Terdapat peluang untuk meningkatkan kepemimpinan wanita dalam sistem politik negara seiring kepentingan penyertaan mereka dalam ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Selain itu, Mohd Uzir berkata, purata jangka hayat perempuan lebih lama berbanding lelaki.

“Sub-indeks Kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.956 (95.6%) pada 2023.

“Purata jangka hayat perempuan semasa lahir di Malaysia adalah 76.6 tahun iaitu 11 tahun lebih lama berbanding lima dekad yang lalu iaitu 65.6 tahun (1970),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi beberapa fakta dan statistik menarik tentang wanita.

“Dianggarkan 15.9 juta (47.7%) penduduk Malaysia adalah perempuan daripada keseluruhan 33.4 juta penduduk pada 2023.

“Terdapat 219,780 bayi perempuan dilahirkan daripada jumlah 455,761 kelahiran hidup pada tahun 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya