Siri plat huruf apa selepas JYY 9999? JAAA xxxx atau J xxxx A?

Siri plat huruf apa selepas JYY 9999? JAAA xxxx atau J xxxx A?

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pemilik kenderaan darat di Johor kebarangkalian besarnya bakal ada dua kemungkinan siri jujukan plat huruf pendaftaran baharu selepas berakhirnya JYY 9999.

Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, antara algoritma paling logik setakat ini ialah kombinasi empat huruf iaitu JAAA sepertimana pernah berlaku setelah JY beralih kepada JAA,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas spekulasi siri baharu untuk kenderaan darat di negeri itu pasca plat JYY ekoran siri Johor ketika ini bakal mencecah JYA dalam masa terdekat dan akan habis kesemua 33 huruf bagi abjad urutan ketiga diizinkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengulas lanjut, Mohamed Nazari berkata, keputusan muktamad mengenai isu tersebut namun hanya diputuskan pihak Kementerian Pengangkutan sendiri sebelum diwartakan.

Kemungkinan itu ujar beliau, ada logiknya dengan berdasarkan pengalaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila siri WYY 9999 didaftarkan pada 26 September 2013 lalu.

Ketika itu tambahnya, JPJ bertindak mengubah algoritma tiga huruf berturutan tersebut kepada W xxxx A dan kemudiannya plat pasca W xxxx Y ditetapkan sebagai WA xxxx A.

Ironinya jelas Mohamed Nazari, impian warga ibu kota menyaksikan jujukan WY xxxx Y tidak kesampaian apabila agensi itu menukarkan plat Kuala Lumpur kepada siri V pula.

“Mungkin ramai masih ingat antara faktor plat abjad V diperkenalkan pada 2016 sebab siri W agak sukar disebut bahkan kurang laris permintaan untuk bidaan awam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya