Sikap engan pindah risikokan nyawa

Sikap engan pindah risikokan nyawa

AYOB Khan Mydin Pitchay  (tengah) mendengar taklimat ketika meninjau keadaan banjir di perumahan Taman Rakyat Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sikap sesetengah mangsa banjir yang enggan berpindah meskipun rumah mereka dinaiki air bukan hanya membahayakan nyawa mereka malah anggota pasukan penyelamat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah mangsa banjir tersebut merisikokan tugas penyelamat ketika operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan terutama pada waktu malam.

“Kita sentiasa ingatkan masyarakat, kalau dah diberi arahan untuk pindah, pindahlah untuk keselamatan.

“Kalau lambat berpindah, lambat ikut arahan yang diberi (pihak berkuasa) menjejaskan operasi menyelamat termasuk nyawa mereka dan keluarga serta membahayakan pasukan penyelamat yang dihantar ke lokasi,” katanya selepas meninjau keadaan banjir di perumahan Taman Rakyat Teluk Kalong, hari ini.

Ayob Khan berkata, arahan untuk mangsa banjir berpindah lebih awal dikeluarkan semata-mata demi keselamatan orang ramai.

“Tak perlulah sampai tunggu tindakan undang-undang diambil, kita beri arahan berpindah demi kepentingan mereka juga,” katanya.

Sehingga pukul 3 petang ini, seramai 3,341 mangsa banjir melibatkan 866 keluarga di daerah ini dipindahkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya