Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan 

Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan 

ROGER NG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 52 tahun itu masih lagi dalam kawalan pihak polis bagi membantu siasatan.

Katanya, pihak polis masih perlu mengkaji banyak bukti dokumen berkaitan kes tersebut.

“Siasatan masih berjalan, dia masih dalam kawalan (pemerhatian) kita lagi. Masih ada lagi maklumat yang kita perlukan, jadi kita perlu kaji semula bukti dokumen berkaitan.

“Ia bukan macam satu dua kertas, dokumen itu banyak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Buku Coffee Table PDRM  di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Isnin lalu,  peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan kepada mahkamah bagi membolehkan pihaknya menemu bual Roger Ng yang kini berada dalam tahanan pihak polis.

Muhammad Shafee dilaporkan berkata, usaha mendapatkan temu bual bersama Roger Ng adalah langkah pertama yang diperlukan bagi proses pembelaan terhadap Najib, berhubung skandal 1MDB.

Sebelum ini, media melaporkan siasatan terhadap Roger Ng masih diteruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

Razarudin mengesahkan Roger Ng ditahan berkaitan dengan siasatan skandal 1MDB pada 9 Oktober tahun lalu.

Oktober lalu, Razarudin mendedahkan siasatan dijalankan pihaknya terhadap Roger tertumpu kepada modus operandi berkaitan penjualan bon dipercayai dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Jelas beliau, siasatan pihak polis bagi mengesan semula aset dimiliki Roger dipercayai diseleweng daripada dana IMDB melibatkan penjualan bon termasuk komisen yang diperoleh.

7 Oktober lalu, media melaporkan Roger yang sedang menjalani hukuman penjara di Amerika Syarikat (AS) diperintahkan oleh untuk menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal AS sebelum diserahkan kepada Malaysia untuk menghadapi perbicaraan di negara ini.

Roger dijatuhkan hukuman selepas juri mendapati dia bersalah kerana membantu bekas bos Goldman, Tim Leissner mencuri wang 1MDB selain melakukan pengubahan wang haram menggunakan dana tersebut.

19 Disember 2018, Roger mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, Jalan Sultan Ismail di sini, antara 19 Mac 2012 hingga 11 November 2013. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya