Shiqin Kamal mahu tamatkan era ‘penyondol’, idam watak lebih bijak - Utusan Malaysia

Shiqin Kamal mahu tamatkan era ‘penyondol’, idam watak lebih bijak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UALA LUMPUR – Pelakon, Shiqin Kamal, mahu mencabar diri membawakan karakter yang lebih kompleks berbanding watak penyondol rumah tangga.

Bukan mahu menolak tuah, namun Shiqin atau Nur Ashiqin Mohd Kamal, 33, merasakan sudah masanya naskhah tanah air menampilkan wanita sebagai sosok yang lebih bijak.

“Saya pun mengharapkan agar era penyondol itu sudah berakhir. Saya mengharapkan agar watak perosak rumah tangga atau penyondol itu dapat dielakkan.

“Bukan bermaksud saya menolak rezeki, tetapi apabila sudah kerap melakonkan watak sama, saya sudah tahu perjalanan watak dan cerita itu akan ke mana.

“Jadi saya mengharapkan sangat ada orang (pengkarya) yang berani untuk buat skrip yang berbeza dan lebih bijak,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Reversi, di sini, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai naskhah idamannya, Shiqin berhasrat untuk terlibat dalam filem atau drama yang mengangkat tema pemerkasaan wanita seperti karakter pelakon, Angelina Jolie dalam naskhah bergenre perisikan.

“Kalau diberi peluang saya mahu menjadi seperti Angelina Jolie. Sekiranya memerlukan saya korbankan masa menjalani latihan fizikal, atau diet makanan ketat pun saya sanggup.

“Apa salahnya untuk menghasilkan filem aksi wanita seperti agen perisik atau babak aksi. Bagi saya sudah tiba masanya untuk lakukan perubahan dan memperbanyakkan karya yang mempamerkan kekuatan dan kehebatan wanita.

“Jangan skeptikal dengan satu watak sahaja. Seperti saya, jangan kerana saya memiliki bentuk muka yang garang, jadi saya sering diberi watak jahat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin bergandingan dengan pelakon Beto Kusyairy menjayakan naskhah bertemakan perjalanan masa bertajuk Riversi arahan Adrian Teh.

Selain Shiqin dan Beto filem tersebut turut dibintangi Vanidah Imran, Hasnul Rahmat, Azhan Rani, Zahiril Adzim dan bakal ditayangkan bermula 19 Disember ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya