Sepang sedia naik taraf kepada status bandar raya menjelang 2030

Sepang sedia naik taraf kepada bandar raya menjelang 2030

MUHAMAD SHAH Osmin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Perbandaran Sepang Bil 12/2024 di Cyberjaya, Selangor. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sudah bersedia untuk dinaik taraf kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berstatus bandar raya menjelang 2030.

Timbalan Yang Dipertuanya, Muhamad Shah Osmin, sasaran lima tahun yang ditetapkan itu tidak mustahil untuk dicapai jika dilihat kepada pelbagai kriteria ditetapkan kerajaan.

Muhamad Shah berkata, MPSepang dari segi pendapatan tahunan melepasi syarat minimum ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Kutipan cukai taksiran sedia ada lebih RM150.juta dan diunjur naik kepada hampir RM192 juta tahun depan susulan pelarasan kadar baharu bermula 1 Januari ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Bil. 12/2024 di sini hari ini.

Jumlah tersebut ujar beliau, selepas MPSepang melakukan semakan setelah menerima lebih 7,000 bantahan menerusi pelbagai sesi pendengaran awam yang telah diadakan.

Ia juga tambahnya, selaras dengan ketetapan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini yang bersetuju kenaikan tidak melebihi 25 peratus berbanding sebelumnya.

Justeru kata Muhamad Shah, peningkatan itu setelah pihak kerajaan Selangor bertindak mengecualikan 75 peratus daripada perancangan asal kerana disifatkan terlalu tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya