Seorang lelaki didenda RM1,300, tumbuk dan pukul sepupu isteri

Seorang lelaki didenda RM1,300, tumbuk dan pukul sepupu isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara cemburu, seorang pekerja swasta didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk sepupu isterinya, bulan lalu.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Ramli Sajeki, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu dipenjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Ammar Shamsul Kamal, 30, dengan memukul dan menumbuk di bahagian muka dan kepala mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Jalan Jambu Jinjang Selatan, Sentul di sini pada pukul 9.30 malam, 23 November lalu.

Difahamkan punca kejadian ialah cemburu dan keengganan isteri tertuduh untuk bercerai.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau denda atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa mencadangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

“Mengambil kira kecederaan di kepala, mata dan telinga mangsa, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh,” kata Amritpreet.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili oleh peguam, Cheah See Yan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), memohon satu denda yang minimum atas alasan tertuduh telah insaf atas kesalahan yang dilakukan.

Mengikut fakta kes, mangsa telah berkawan dengan seorang perempuan iaitu isteri kepada tertuduh, Maryatul Jannah Mat Jaafar yang belum lagi bercerai dengan tertuduh.

Kemudian, mangsa telah didatangi oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali dan tertuduh terus menumbuk mangsa di bahagian muka sebanyak tiga kali.

Tertuduh kemudian telah menarik mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke Stesen KTM Segambut, setelah ditarik keluar dari kereta, tertuduh terus memukul mangsa di bahagian kepala, leher, dada dan kaki mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kanan, rahang sebelah kiri dan bahagian belakang badan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN