Semua motosikal enjin 150cc wajib dilengkapi sistem ABS tahun hadapan

Semua motosikal enjin 150cc wajib dilengkapi sistem ABS tahun hadapan

HASBI Habibollah semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua motosikal baharu berkapasiti enjin 150cc ke atas wajib dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bermula 1 Januari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata, sistem ABS ini dijangka dapat mengurangkan kadar kecederaan akibat kemalangan jalan raya kepada penunggang motosikal sehingga 30 peratus.

“Kami mahu pengeluar dan pengedar motosikal bersiap sedia untuk mematuhi peraturan ini menjelang tarikh pelaksanaan.

“Pengguna pula digalakkan untuk memilih motosikal yang mempunyai ciri keselamatan seperti ABS,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam menangani isu keselamatan penunggang motosikal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk mewajibkan semua motosikal enjin berkapasiti 150cc untuk memiliki sistem ABS.

Katanya, langkah tersebut dilakukan kerajaan bagi menangani kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Menurut beliau, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.

“Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang berdepan isu ini, Walaupun kadar kematian per 100,000 orang menurun daripada 27 peratus pada tahun 2000 kepada 22.5 peratus pada 2019, ia tetap antara yang tertinggi di dunia.
“Kita dapati lebih daripada 6,000 kematian setiap tahun. Kubur-kubur ini bersamaan dengan keluasan enam padang bola,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya