Semua baju bayi saya hantar dobi - Intan Najuwa rimas dengan netizen - Utusan Malaysia

Semua baju bayi saya hantar dobi – Intan Najuwa rimas dengan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kadang-kadang tanya soalan macam kita ini benak ubi sangat tak tahu pasal benda asas,”

Demikian kata pelakon, Datin Intan Najuwa yang rimas selepas diasak soalan berkenaan kebersihan barangan bayi.

Menurut Intan, dia sentiasa menghantar pakaian termasuk cadar dan selimut anaknya ke kedai untuk dicuci dengan bersih.

“Penat nak jawab satu-satu. Soalan pun macam kita ni tiada ‘common sense’ sangat. Selimut itu tak basuh ke? Baju bayi itu tak basuh dulu ke? Itu tak basuh ke? Ini tak basuh?

“Takkanlah tak basuh. Baju bayi semua saya hantar pergi dobi, cuci bersihkan sebersih-bersihnya,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Tambah Intan, kedai dobi yang sering dikunjunginya boleh membersihkan pakaian yang dihantar seperti baharu malah boleh meletakkan semula tanda harga pada baju yang telah dicuci.

“Kalau awak nampak barang-barang yang masih ada tanda harga, saya sudah hantar pergi dry clean. Ada sesetengah tempat boleh tanggalkan tanda harga dan diletakkan semula bila sudah dibersihkan. Saya hantar semua baju saya di Jeeves Kuala Lumpur. Mereka boleh lakukannya untuk awak.

“Ada juga beberapa dress yang boleh dipakai pada usia tiga hingga enam bulan saya asingkan untuk cuci kemudian sebab dua belum boleh pakai sekarang. Saya tak perlu jelaskan pun, tetapi ada antara kalian yang melampau,” jelasnya.

Enggan tindakannya dipersoalkan lagi, pelakon drama Jesnita itu turut memberitahu dia sentiasa membersihkan dan mengemas rumahnya sebelum menyambut kehadiran anak pertamanya.

“Jangan cakap baju, bilik dia, satu rumah dia panggil orang cuci  sekali sebelum nak bagi bayi masuk.

“Kalau nak cakap pasal kebersihan, awak takkan percaya betapa tersusunnya dan telitinya saya terhadap kebersihan,” katanya.

Pada Jun lalu, Intan mengesahkan dia dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman bakal menimang cahaya mata pertama menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Untuk rekod, Intan dan Asraf telah berkahwin pada 18 Ogos 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN