Semua agama tolak hubungan sejenis, lawan fitrah manusia

Semua agama tolak hubungan sejenis, lawan fitrah manusia

SEBAHAGIAN daripada bekas penagih dadah yang menjalankan aktiviti keagamaan di Perkampungan Darul Barakah, Kampung Pengkalan Berangan, Marang, – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada mana-mana agama yang menyokong hubungan sesama jenis terutama bagi hubungan seksual sesama lelaki (MSM) kerana dianggap bertentangan dengan fitrah kejadian manusia dan ajaran agama sekali gus menyumbang kepada penularan HIV di Malaysia.

Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains Dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTMKL), Dr. Mohd. Hilmi Ramli berkata, Islam menyediakan panduan jelas mengenai jantina, perbezaan antara lelaki dan perempuan, serta hubungan yang sah di antara keduanya.

Katanya, setiap jantina mempunyai kedudukan tertentu dalam agama seperti keilmuan, perkahwinan, persaudaraan, jual beli dan saksi iaitu fitrah manusia yang sudah diciptakan.

Menurutnya, apabila berlaku hubungan sejenis, maka ini berlawanan dengan fitrah manusia.

“Sesuatu yang berlawanan dengan diri manusia akan menyebabkan ketidakstabilan, kecelaruan dan gangguan jiwa seperti disebutkan dalam Islam sebagai nafs al-‘ammarah bi al-su’ (jiwa yang cenderung kepada perkara buruk).
“Tiada satu pun institusi agama di dunia yang menyokong atau mempromosikan hubungan sejenis yang jelas dilarang dalam ajaran agama masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, Mohd Hilmi berkata, institusi agama juga tidak pernah memberikan justifikasi sah terhadap hubungan itu sama ada dari sudut keagamaan, sosial atau moral.
Sebaliknya, kebanyakan institusi agama menekankan kepentingan nilai keluarga, perkahwinan heteroseksual yang sah dan tanggungjawab sosial sebagai asas kepada kehidupan bermasyarakat.
“Sekiranya individu melawan fitrah kejadiannya, maka ia sudah menyebabkan berlaku ‘chaos’ dalam diri dan mengakibatkan masalah jiwa, kesihatan dan segala masalah yang berpunca dari perbuatan fasad individu tersebut.

“HIV dan pelbagai penyakit lain akibat daripada hubungan sejenis adalah sebagai peringatan dan hukuman kepada individu yang melawan fitrah kejadian manusia,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Akademi Tamadun Islam dan Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr. Siti Norlina Muhamad berkata, hubungan itu dianggap sebagai perbuatan yang menyimpang daripada etika dan akhlak Islam kerana Islam sangat menekankan nilai kesucian, penghormatan terhadap fitrah manusia.

Kata beliau, perbuatan itu akan memberikan kesan sosial yang negatif seperti keruntuhan institusi keluarga, penyebaran penyakit seksual dan konflik identiti.

Malah, Islam menetapkan hukumnya adalah haram dan berdosa besar kerana melanggar fitrah manusia yang diciptakan Allah iaitu hubungan antara lelaki dan wanita dalam ikatan pernikahan yang sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya