Sembilan jajahan Kelantan, lapan daerah Terengganu diramal banjir

Sembilan jajahan Kelantan, lapan daerah Terengganu diramal banjir

SEMUA penduduk terutamanya di kawasan yang terlibat diminta untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan bencana banjir melibatkan sembilan jajahan di Kelantan dan lapan daerah di Terengganu dalam tempoh tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember 2024.

Menerusi kenyataan, jajahan yang terlibat merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.

Lapan daerah di Terengganu pula termasuklah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kua;a Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam kenyataan memaklumkan, semua penduduk terutamanya di kawasan yang terlibat diminta untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, JPS akan membuat pemantauan berterusan.

“Kemas kini hebahan amaran banjir juga giat dilakukan sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai terlibat.

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) memaklumkan, luruan monsun dijangka berlaku membabitkan Kelantan dan Terengganu pada 28 hingga 31 Disember berdasarkan analisis model-model cuaca terkini.

Menurut Met Malaysia, selain itu, satu kawasan bertekanan rendah dijangka mula terbentuk berhampiran timur Sabah pada 28 hingga 30 Disember dan berpotensi membawa hujan berterusan di timur dan barat Sabah.
“Sehubungan itu, Met Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan timur dan barat Sabah berkuat kuasa pada 28 hingga 30 Disember.
“Manakala Amaran Hujan Berterusan (Waspada) di Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa pada 29 hingga 31 Disember,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya