Selepas 27 tahun penduduk Kampung Niantang dapat hak milik tanah

Selepas 27 tahun penduduk Kampung Niantang dapat hak milik tanah

HOLLYNAH Mopuas (kanan) bersama Jerry Jaimeh (kiri) menunjukkan peta tanah yang dipohon di Kampung Niantang, Pitas semasa sidang akhbar di pejabat MHO Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas dua tahun berjuang mempertahankan tanah yang didiami sejak turun-temurun, akhirnya kira-kira 100 penduduk Kampung Niantang Pitas boleh menarik nafas lega apabila berjaya mendapatkan hak pemilikan terhadap tanah tersebut.

Kini, kawasan seluas hampir 50.58 hektar yang didiami sejak puluhan tahun kini menjadi milik mereka sepenuhnya.

Pengerusi Badan Bertindak Kampung Niatang, Hollynah Mopuas, 55, berkata, mereka merasa lega apabila tanah permohonan tanah yang dibuat sejak 27 tahun lalu itu akhirnya mendapat kelulusan.

Dengan bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), mereka berjaya mendapatkan sebahagian daripada tanah yang dipohon. Daripada 169 hektar tanah yang dipohon hanya 50.58 hektar tanah telah diluluskan dan selebihnya tanah gantian diberikan di kawasan berhampiran kerana sebahagian tanah telah diambil alih oleh syarikat pengusaha kelapa sawit. 

“Jadi, penduduk kampung berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan agar tanah yang kini diambil alih oleh syarikat itu diberikan semula kepada penduduk kampung manakala, tanah gantian itu diserahkan kepada syarikat berkenaan.

“Ini kerana tanah yang diberikan kepada syarikat itu telah lama diusahakan sebagai kebun getah dan kawasan tanah gantian itu masih lagi hutan belantara,” katanya semasa sidang akhbar di Pejabat MHO Sabah, hari ini dan berharap kerajaan juga dapat mengembalikan semula projek Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Kampung Niantang untuk memudahkan mereka menjual hasil getah.

Menurutnya, 43 permohonan geran tanah telah mendapat kelulusan manakala 15 geran lagi masih dalam proses tindakan.

Selepas MHO mengadakan perhimpunan aman bersama penduduk kampung pada Oktober 2022, dalam tempoh empat bulan pengukuran tanah telah dilakukan dan akhirnya selepas dua tahun isu pemilikan tanah berjaya diselesaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya