Selebriti Korea Selatan tangguh lancar album, hormati nahas Jeju Air - Utusan Malaysia

Selebriti Korea Selatan tangguh lancar album, hormati nahas Jeju Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Para selebriti Korea Selatan yang dipanggil ‘Idol’ mengambil keputusan  menangguhkan pelancaran album dan acara program televisyen bagi menghormati kemalangan membabitkan pesawat Jeju Air. 

Beberapa selebriti juga dilihat memuat naik gambar belasungkawa selain menyampaikan rasa simpati terhadap semua ahli keluarga 179 penumpang yang maut. 

Sejurus berita itu mendapat liputan media, beberapa ‘Idol’ terkenal seperti V daripada kumpulan BTS dan Joshua daripada kumpulan SEVENTEEN menanggukan video ulang tahun yang sepatutnya dimuat naik pada Isnin . 

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran media sosial, kumpulan IVE juga memaklumkan penangguhan album EP terbaharu mereka, IVE EMPHATY yang sepatutnya dilancarkan pada 29-30 Disember ditunda ke satu tarikh yang belum dipastikan. 

Begitu juga dengan kumpulan Stray Kids yang sepatutnya melancarkan kandungan video ‘Song By’ pada minggu ini. 

Tidak ketinggalan program Running Man dan MBC Entertainment Awards yang sepatutnya ditayangkan pada Ahad turut dibatalkan bagi memberi laluan kepada perkembangan berita terkini nahas pesawat Jeju Air.

Terdahulu, sebanyak 179 penumpang termasuk anak kapal pesawat Jeju Air dari Bangkok ke Korea Selatan terkorban dalam nahas, pada Ahad. 

Nahas berlaku selepas pesawat itu tergelincir dari landasan dan merempuh tembok penghadang di hujung landasan menyebabkannya meletup di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan sekitar pukul 9:03 pagi waktu tempatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya