SEPANpolisSelebriti lelaki yang ditahan kerana memiliki ganja di Cyberjaya baru-baru ini dikatakan sudah lapan tahun menagih dadah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, perkara itu disahkan menerusi hasil siasatan terhadap lelaki berusia 41 tahun itu.
“Kami kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Ketika ini, suspek ditahan selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga mengesahkan rumah teres yang diserbu polis di Cyloberjaya itu adalah kediaman milik selebriti berkenaan.
Polis sebelum ini mengesahkan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, adalah selebriti yang ditahan itu.
Media sebelum ini melaporkan, selebriti itu ditahan bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram.
Norhizam dilaporkan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) dan siasatan awal tidak mempunyai sabitan rekod lampau. – UTUSAN