Selangor kutip hasil RM2.59 bilion, 118 peratus lebih sasaran

Selangor kutip hasil RM2.59 bilion, 118 peratus lebih sasaran

Hasil Selangor
AMIRUDIN Shari menyampaikan Sembah Ucap Taat Setia Menteri Besar Selangor Bersempena Istiadat Penganugerahan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79, Sultan Sharafuddin Idris Shah dekat Balairong Seri Istana Alam Shah, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Selangor mencatatkan perolehan hasil negeri melepasi 118 peratus sasaran sebanyak RM2.59 bilion berbanding RM2.2 bilion sehingga 9 Disember lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, catatan itu tertinggi mencerminkan keyakinan komuniti pelabur kepada kepada negeri ini sama ada tempatan atau luar negara.

“Ia manifestasi dan bukti kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan Tuanku bagi memacu ekonomi negeri dan meningkatkan hasil demi manfaat rakyat jelata.

“Malah pencapaian ini mencerminkan keyakinan komuniti pelabur tempatan dan antarabangsa serta rakyat Tuanku kepada sikap dan kebertanggungjawaban kerajaan Tuanku dalam merencana dan mengagihkan kekayaan negeri secara efektif dan bersasar,” katanya ketika Sembah Ucap Taat setia Menteri Besar Selangor Bersempena Istiadat Penganugerahan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau menambah, kerajaan negeri akan melancarkan Dasar Speed Selangor pada April depan yang akan memberi tumpuan kepada industri baharu seperti kecerdasan buatan dan industri sokongan, semikonduktor termasuk elektrik dan elektronik, pembinaan taman perindustrian, perumahan termasuk kategori mampu milik, aeroangkasa serta bidang pembuatan berteknologi tinggi.

Jelasnya, dasar tersebut akan menggunakan kaedah laluan pantas, pengawalan kendiri, industri haluan hijau serta teknologi seperti digital berkembar bagi mengurangkan tempoh masa pembinaan tujuh hingga 14 hari berbanding 3.5 bulan dengan menepati menepati syarat ditetapkan.

“Selaras dengan ikhtiar yang patik gariskan dalam Dokumen 5 Tekad 5 Tahun pada 31 Julai 2023, kerajaan Tuanku membentangkan secara rasminya cadangan Rel Kita Selangor kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia semalam.

“Meskipun antara kekangan utama bagi merealisasikan pelan itu adalah kos yang tinggi memandangkan skalanya bertujuan menghubungkan rakyat luar bandar, kerajaan Tuanku berani mendepani cabaran itu bagi mencari solusi kreatif agar ia dapat direalisasikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan, kerajaan negeri menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin sebelum ini supaya kerajaan negeri mengambil langkah efektif bagi mengatasi masalah banjir di Selangor.

“Malah baru-baru ini, patik turut menekankan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bahawa kita tidak boleh melengahkan masa dalam mengerakkan usaha mitigasi banjir sama ada dalam bentuk projek pedalaman sungai atau pelebaran saliran, kolam takungan dwi-fungsi.

“Patik menyatakan komitmen untuk mempercepatkan proses pelaksanaan usaha ini supaya mengelakkan kelewatan yang sebelum ini sering kali berlaku akibat budaya bekerja dalam silo di peringkat agensi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya