Selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta - Anwar

Selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta – Anwar

ANWAR Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan ulang tahun kelahiran kepada isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

 

Menerusi satu hantaran Facebook beliau, Perdana Menteri mendoakan agar isterinya agar terus diberikan kesihatan berpanjangan.

 

“Selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semoga terus kuat dan diberi kesihatan yang berpanjangan,” katanya.

 

Wan Azizah yang dilahirkan pada 1952 merupakan wanita pertama yang pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Sebelum menceburi politik, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu merupakan doktor pakar mata memandangkan beliau memiliki Ijazah Oftalmologi, Royal College of Surgeons, Ireland.

 

Hasil perkahwinan beliau bersama Anwar, pasangan suami isteri itu dikurniakan enam anak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya