Sektor pertanian Kelantan rugi RM33.2 juta

Bah: Sektor pertanian Kelantan rugi RM33.2 juta

KEADAAN padi yang rebah dan rosak selepas ditenggelami banjir di Kampung Jal, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sektor pertanian Kelantan merekodkan kerugian awal berjumlah RM33.2 juta akibat bah yang melanda sejak bulan lalu melibatkan keluasan kawasan 10,299.12 hektar.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah itu, 9,958.29 hektar adalah petak sawah.

Beliau berkata, kementerian terus melakukan bancian bagi mengenal pasti jumlah sebenar kerugian akibat banjir kerana tempoh musibah itu belum berakhir.

“Seramai 4,888 golongan yang terlibat dalam sektor pertanian negara terkesan dengan musibah berkenaan. 

“Daripada jumlah itu, 4,207 adalah pesawah, selebihnya sektor perikanan dan tanaman selain padi,” katanya selepas Program Ihsan Madani: Bantuan Khas Sumbangan Tunai Fasa 2 Kepada Petani dan Nelayan yang terkesan dengan banjir di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, seramai 10,0628 pesawah di Kelantan terjejas bencana menerima Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) bagi fasa 2 untuk tahun ini.

Katanya, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM6.3 juta.

“BKST adalah satu bentuk bantuan yang diberikan secara tunai sebanyak RM600 khusus kepada pesawah untuk tempoh tiga bulan atau semusim penanaman bagi pesawah bertujuan meringankan kos sara hidup.

“Pada masa sama, kita memberi bantuan kepada 793 nelayan yang terjejas banjir di Kelantan bernilai RM369,500,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya