Segera hentikan fitnah mengenai lantikan TYT ke-11

Segera hentikan fitnah mengenai lantikan TYT ke-11

YAHYA HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Semua pihak harus berhenti menyebarkan fitnah terhadap isu lantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri (TYT) ke-11.

Bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, pelantikan Musa sebagai TYT ke-11 sepatutnya tidak menjadi isu kerana proses lantikan itu dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan Negeri.

Beliau berkata, selaku bekas Ketua Menteri, Musa adalah seorang tokoh berpengalaman dan memberi banyak sumbangan kepada Sabah khususnya dalam bidang ekonomi, pembangunan infrastruktur dan politik.

Katanya, Musa merupakan tokoh paling tepat dan sesuai dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri yang baharu setelah tempoh penyandangnya, Tun Juhar Mahiruddin berakhir pada 31 Disember ini.

“Jika dilihat masih ada pihak tertentu yang menabur pelbagai fitnah dan tomahan tidak berasas terhadap Musa serta kepimpinan negeri. Jadi, saya menggesa hentikan segera tindakan sebegitu.

Yahya yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berkata, tindakan memfitnah dan menghasut rakyat agar membenci kepimpinen negara dan negeri adalah tidak wajar.

Musa menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri ke-11 daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Selasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya