Sebutan semula kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM 23 Februari

Sebutan semula kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM 23 Februari

WANITA yang dituduh cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar UiTM Dungun pada Oktober lalu. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 23 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes pemandu wanita yang berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Oktober lalu.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim yang memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan penuh psikiatri tertuduh Norizan Ismail, 49, belum diterima kerana masih menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru.

Pada 15 Oktober lalu, ibu kepada tiga anak itu yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diperintahkan mahkamah menjalani pemeriksaan mental.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan pada Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan,20, di Jalan Pantai  berhadapan UiTM Dungun, Dungun  jam 7.35 malam pada 9 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera, boleh dipenjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Dungun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya