Sebatang kara di rumah usang, ditimpa penyakit kronik

Sebatang kara di rumah usang, ditimpa penyakit kronik

4. MOHAMAD Tarmizi Husain (tengah) ketika dikunjungi Dr .Raja Shamri Raja Husin (kanan) di rumahnya di Kampung Temenggong Nibong, Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki hidup sebatang kara di dalam rumah usang yang berdindingkan papan reput dan menunggu masa runtuh di Kampung Temenggong Nibong, di sini.

Mohamad Tarmizi Husain, 59, tinggal dalam serba kekurangan dan hanya meraih pendapatan dengan mengambil upah meracun sebanyak RM50 sehari.

Namun disebabkan penyakit kencing manis yang kronik, dia yang lebih mesra dipanggil Miji Racun sudah tidak mampu bekerja lagi.

Katanya, sudah lima bulan dia tidak bekerja kerana kakinya luka disebabkan penyakit itu.

“Ketika banjir minggu lepas, saya terkepung apabila air banjir di halaman rumah sedalam 0.5 meter.

“Mujur ada jiran prihatin, setiap hari hantar makanan. Saya nak memasak tiada dapur, hilang dikebas pencuri bersama tong gas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Temenggong Nibong di sini sempena kunjungan Yayasan Raja Shamri bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas, semalam.

Menurut Mohamad Tarmizi, dia tinggal seorang diri sejak berusia 16 tahun selepas neneknya meninggal dunia.

“Saya tak tahu membaca dan menulis, tidak pernah berkahwin. Rumah ini adalah rumah pusaka peninggalan nenek. Lantai banyak reput, dinding rumah tercabut dan bumbung pula bocor,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri, Dr. Raja Shamri Raja Husin berkata, sumbangan barang keperluan dapur disalurkan kepada warga emas terbabit.

Katanya, laluan ke rumah Mohamad Tarmizi becak dan dia mahu jalan masuk ke rumahnya itu ditambun batu.

“Insya-Allah kita ikhtiarkan, rumahnya juga perlu dibaiki atau pun dibina baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya