Saya akan kekal Selangor hingga akhir penggal ini - Amirudin

Saya akan kekal Selangor hingga akhir penggal ini – Amirudin

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, beliau akan kekal di negeri itu sehingga ke akhir penggal ini.

Amirudin berkata, pengekalan jawatan beliau sekarang hingga ke penggal akhir bertujuan demi menjamin kestabilan ekonomi dan Kerajaan Perpaduan.

“Saya melihat pelbagai bentuk spekulasi yang menular dua tiga hari ini.

“Sebagaimana nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah) kepada saya dan Tuanku perkenan untuk saya menyebut nasihat ini kepada semua.

“Saya akan kekal di Selangor hingga ke akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan Kerajaan Perpaduan Selangor,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian susulan pelbagai spekulasi yang tular ketika ini berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.

Baru-baru ini, akaun audio siar Keluar Sekejap di platform X menulis Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dikatakan bakal menggantikan Amirudin sebagai Menteri Besar.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa, Amirudin bakal dilantik sebagai menteri di peringkat Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya