Sawah tenggelam: Kerajaan negeri tempatkan pam bergerak

Sawah tenggelam: Kerajaan negeri tempatkan pam bergerak

DUA pesawah hanya mampu termenung melihat keadaan sawah ditenggelami air di Kampung Bakong, Arau, Perlis.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri mengambil tindakan segera membantu pesawah yang terjejas dengan masalah sawah tenggelam berikutan limpahan air dari terusan Arau.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri, Razali Saad berkata, pihaknya telah meninjau beberapa kawasan terjejas dan mengenal pasti permasalahan yang dibangkitkan pesawah terlibat.

Katanya, bagi penyelesaian segera, beliau mengarahkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk membantu meninjau dan melihat keperluan bantuan pam bergerak kepada pesawah yang terjejas itu.

“MADA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempunyai hampir 30 buah pam bergerak dan kita akan tempatkannya di lokasi bersesuaian sebagai langkah segera dalam membantu menangani permasalahan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambah Razali, langkah bagi meninggikan tebing di terusan Arau itu juga memerlukan penglibatan beberapa agensi antaranya JPS dan Jabatan Pertanian dan pihaknya akan membantu secara berperingkat.

Berdasarkan semakan awal, dianggarkan 4,300 hektar kawasan tanaman padi di dalam dan luar kawasan MADA di negeri ini ditenggelami air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya