Samsuri lebih pentingkan rakan politik dari rakyat - Veteran UMNO

Samsuri lebih pentingkan rakan politik dari rakyat – Veteran UMNO

MUSTAPHA YAAKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran UMNO menyifatkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tiada adab apabila tidak bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika meninjau keadaan banjir di negeri itu, semalam.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Samsuri tidak dapat membezakan antara lawatan kerja Ahmad Zahid dengan majlis jemputan parti politik untuk meraikan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2024.

Kata beliau, Samsuri lebih mementingkan rakan politiknya dari rakyat yang ditimpa petaka banjir.

“Ahmad Zahid tidak perlu dilayan sebagai tetamu dengan nasi dagang semasa lawatan kerjanya tetapi sebagai TPM yang peka nasib rakyat Terengganu dia sewajarnya disambut oleh seorang MB walaupun berbeza parti.

“Ahmad Zahid sendiri ada program yang ditetapkan lebih awal bagi merasmikan MAT Mubarak di Kuala Lumpur tetapi terpaksa mewakilkannya kepada Menteri Besar Perak.

“Ahmad Zahid mengutamakan rakyat Terengganu demi rakyat tapi Samsuri mengutamakan parti rakan demi kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid melawat mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di Terengganu.

Dalam lawatan tersebut, Ahmad Zahid mewakili kerajaan menyalurkan dana berjumlah RM1,000 kepada semua ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir secara berperingkat di seluruh negara.

Dana tersebut akan diagih segera bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terkesan dengan bencana banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya