Sabah sasar pelajar STEM capai 30 peratus

Sabah sasar pelajar STEM capai 30 peratus

MOHD. ARIFIN Mohd. Arif (tengah) bersama Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Abdullah Monshie bergambar bersama pelajar yang menerima bantuan kalkulator saintifik di SICC, Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah menyasarkan peningkatan pelajar mengambil bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada 30 peratus selaras dengan hasrat kerajaan mencapai 60 peratus pelajaran aliran itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, biarpun secara umumnya Sabah telah mencapai 50 peratus dalam bidang STEM, namun pelajar aliran sains tulen masih berada di bawah 30 peratus.

Justeru, katanya, kerajaan negeri dengan bantuan Petronas akan terus mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil aliran sains tulen di Sabah.

“Semasa mesyuarat bersama Menteri Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) baru-baru ini, kita dimaklumkan pencapaian STEM umum di Sabah telah mencapai 50 peratus tetapi, untuk sains tulen masih perlu ditingkatkan kerana masih di bawah 30 peratus.

“Jadi, kita berharap dengan program berterusan dengan kerjasama Petronas, JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta penganjuran festival STEM seluruh daerah mampu meningkatkan jumlah pelajar sains tulen kepada 30 peratus dan ke atas,” katanya semasa majlis penyerahan kalkulator saintifik di bawah program ‘WeHelp’, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Menurutnya, jika dilihat di seluruh negara, pencapaian Sabah dalam melahirkan pelajar aliran STEM bukanlah berada di tahap terendah namun, usaha perlu terus diambil bagi memastikan sasaran pelajar STEM 60:40 dapat direalisasikan.

Mengulas lanjut katanya, pengumuman Perdana Menteri mengenai peningkatan jumlah subsidi tiket penerbangan kepada RM400 di bawah FlySiswa akan memudahkan anak-anak Sabah dan Sarawak pulang ke kampung halaman semasa cuti perayaan.

Mohd. Arifin berkata, kerajaan negeri turut memberi bantuan tiket penerbangan kepada anak-anak Sabah yang belajar di Semenanjung dan Sarawak berjumlah RM600 di bawah program Rindu Sabah GRS. Jadi, ini sebagai tambahan kepada jumlah bantuan tiket yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya