RUU Perubahan Iklim Kebangsaan dibentang tahun depan

RUU Perubahan Iklim Kebangsaan dibentang tahun depan

NIK Nazmi Nik Ahmad ketika berucap pada Simposium IPCC dengan tema Merapatkan Sains Iklim dan Polisi Untuk Mempercepatkan Tindakan, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-undang Perubahan Iklim Kebangsaan (RUUPIN) dan Dasar Pasaran Karbon Negara (DPKK) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang tahun hadapan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan kini sedang merangka dua polisi itu bagi membimbing pelaksanaan tindakan mitigasi dan penyesuaian serta menyokong inisiatif perdagangan karbon Malaysia.

Kata beliau, langkah itu selaras dengan perkembangan antarabangsa mengenai perubahan iklim seperti di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Strategi ini mengambil kira penilaian saintifik Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang menyediakan standard untuk tindakan iklim di seluruh dunia.

“Penemuan ini secara langsung membentuk dasar hala tuju Malaysia selain memastikan usaha negara sejajar dengan komitmen global untuk mengurangkan risiko iklim dan mencapai jangka panjang kelestarian alam,” katanya ketika berucap pada Simposium IPCC dengan tema Merapatkan Sains Iklim dan Polisi Untuk Mempercepatkan Tindakan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, dalam membangunkan dasar iklim yang diperlukan, ia akan disokong oleh bukti saintifik terkini melibatkan pakar tempatan.

Katanya, negara mempunyai peluang yang luar biasa di mana saintis iklim di bawah IPCC bekerjasama dengan saintis Malaysia, termasuk ramai penyelidik muda dan awal kerjaya, yang merupakan pemimpin masa depan dalam sains iklim.

“Minda muda ini adalah pemikir yang akan membentuk hala tuju sains iklim global pada tahun-tahun akan datang. Ia adalah penting untuk kita mencipta kesedaran yang lebih besar tentang IPCC di kalangan saintis dan menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam proses IPCC,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya