DUNGUN: Lebih 4,000 mangsa banjir di kawasan perumahan Taman Rakyat di sini, mengalami kerugian besar kerana terpaksa membuang banyak perabot dan perkakasan rumah yang rosak akibat banjir. Rata-rata penduduk di kawasan itu menyifatkan banjir yang berlaku Sabtu lalu ekoran hujan lebat dan air pasang besar sebagai kejadian terburuk dalam tempoh lebih 10 tahun lalu. Seorang penduduk, Annur Najiha A. Rahim, 37, berkata, dia dan suaminya, Mohd. Zulkifli Abdul Rahman, 39, sebak melibat barangan dan kelengkapan rumah rosak selepas kediaman mereka dinaiki air lebih satu meter. Menurutnya, mereka tidak dapat menyelamatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya