Rugi RM704,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Warga emas rugi RM704,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud, seorang lelaki warga emas yang juga ahli perniagaan kerugian kira-kira RM704,000. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 73 tahun itu membuat laporan polis kira-kira pukul 3 petang semalam di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman selepas  tidak mendapat wang pulangan yang dijanjikan. 

“Mangsa mendakwa menyertai skim pelaburan menerusi aplikasi WhatsApp. Dia membuat 10 kali transaksi ke tiga akaun yang berbeza bermula 4 November lalu hingga transaksi terakhir pada 5 Disember lepas yang mengakibatkannya kerugian kira-kira RM704,000,” katanya hari ini.

Wan Muhamad berkata, bagaimanapun, sehingga kini mangsa tidak menerima wang pulangan yang dijanjikan selepas menyertai skim tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya