RM7 juta biaya 280,000 Pas Mutiara tahun hadapan

RM7 juta biaya 280,000 Pas Mutiara tahun hadapan

PENGENALAN laluan bas baharu menerusi perkhidmatan DRT Rapid Penang tahun depan dijangka meningkatkan lagi jumlah langganan Pas Mutiara di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebanyak 194,497 Pas Mutiara atau kad akses untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pinang dilanggan atau diperbaharui untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan purata sebanyak 17,682 langganan sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, jumlah langganan itu dijangka terus meningkat terutamanya pada tahun depan dengan pengenalan laluan bas baharu menerusi perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) yang boleh dibuat secara tempahan ‘on-demand’.

Ekoran sambutan memberangsangkan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan pembiayaan Pas Mutiara sebanyak 280,000 keping lagi selepas ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM7 juta.

“Dengan penggunaan Pas Mutiara ini, perkhidmatan bas Rapid Penang adalah percuma di seluruh negeri Pulau Pinang pada tahun hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Pas Mutiara My50 yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari berturut-turut dengan menggunakan bas Rapid Penang itu mula diperkenalkan sejak 1 Mac 2021 dan mendapat sambutan baik daripada orang ramai hampir setiap tahun.

Dalam perkembangan lain, Zairil memberitahu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengekalkan sebanyak 15 buah bas percuma menerusi perkhidmatan CAT Bridge untuk tahun 2025.

Katanya, sepuluh buah bas dikhususkan untuk laluan ‘CAT 13’ dari Seberang Jaya ke Bayan Lepas manakala lima buah bas lagi untuk laluan ‘CAT 14’ iaitu dari Bukit Mertajam ke Komtar.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri percaya bahawa pembiayaan subsidi melalui pengangkutan awam ini mampu menjadi pemangkin bagi menarik lebih ramai penduduk beralih kepada pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan pilihan berbanding kenderaan persendirian.

“Secara tidak langsung, dengan subsidi langganan Pas Mutiara My50 ini juga, pengguna bakal meraih penjimatan kos seperti petrol, parkir dan tol yang jauh lebih tinggi setiap bulan,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya