RM5 juta barangan kawalan, subsidi diselamatkan 

RM5 juta barangan kawalan, subsidi diselamatkan 

AZMAN Ismail (kanan) semasa turun padang meninjau Program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyelamatkan pelbagai barangan kawalan dan subsidi daripada diseleweng ke Thailand bagi tempoh Januari hingga semalam.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, ia melibatkan barangan seperti petrol, diesel, minyak masak, gula dan tepung gandum menerusi 620 kes berkaitan cubaan menyeludup.

“Pada masa sama, kita turut menahan seramai 206 individu termasuk warganegara asing yang berusia antara 20 tahun hingga 60-an ditahan sepanjang tempoh tersebut

“Semua suspek ditahan itu termasuk menerusi operasi di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, sejak penguatkuasaan ketat pihak berkuasa di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bermula 1 Disember lalu, kes kes-kes penyeludupan dilihat semakin berkurang. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya