RM5.55 juta disalurkan kepada Siswa Plus, Jom Ke Sekolah 2025

RM5.55 juta disalurkan kepada Siswa Plus, Jom Ke Sekolah 2025

MOHD. NA’IM Mokhtar (barisan belakang, tujuh dari kiri) bersama mahasiswa yang menerima bantuan Siswa Plus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini. - UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Sebanyak RM 5.55 juta telah disalurkan kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah rendah serta menengah dalam majlis pelancaran Siswa Plus 2024 dan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2025.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu memberi manfaat kepada 400 mahasiswa dan 24,000 pelajar sekolah rendah serta menengah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sumbangan komputer riba kepada mahasiswa tahun ini telah ditingkatkan daripada 200 penerima pada 2023 kepada 400 penerima daripada 11 IPT terpilih.

Katanya, jumlah keseluruhan sumbangan untuk Program Siswa Plus 2024 adalah sebanyak RM1.35 juta.

Dalam pada itu, Program JKS 2025 turut memberikan bantuan kelengkapan persekolahan kepada 24,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan jumlah sumbangan sebanyak RM4.2 juta

“Komputer riba ini bukan sahaja memudahkan tugasan akademik, malah membuka peluang baharu untuk mahasiswa berkembang dalam dunia digital yang semakin maju.

“Bantuan pakaian dan kelengkapan sekolah ini bukan sahaja meningkatkan motivasi tetapi juga menyuntik semangat dan keyakinan kepada pelajar untuk terus belajar,” katanya pada majlis pelancaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Rektor UIAM, Prof. Dr. Mohamed Aslam Mohamed Haneef; Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer; Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, Datuk Mohammad S. Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Zabidi Nasan.

Tambah Mohd. Na’im, penerima bantuan ini terdiri daripada golongan asnaf yang dikenal pasti melalui kerjasama antara Yayasan Taqwa-MAIWP, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP dan pihak universiti.

“Dana ini adalah hasil kutipan zakat yang disalurkan oleh MAIWP dan PPZ MAIWP kepada Yayasan Taqwa. Dengan kerjasama universiti seperti yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Mohamed Aslam, kami mengenal pasti mahasiswa asnaf yang layak menerima sumbangan ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya