Risteena dan Isa Khan masih suami isterikah? - Utusan Malaysia

Risteena dan Isa Khan masih suami isterikah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga tak bohong, ramai benar yang datang bertanya pada Cik Bunga mengenai status sebenar rumah tangga pelakon Risteena dan Isa Khan.

Cara bertanya itu, macamlah Cik Bunga ini hidup berjiran dengan mereka. Aduhai. Tetapi, bila sudah ramai yang bertanya, Cik Bunga yang awalnya buat tak endah lama lama jadi terfikir juga, apa sudah jadi dengan hubungan mereka ye tak?

Pelik juga sebab bak kata warganet, sudah lama tak nampak Risteena dan Isa bersama di acara hiburan atau di mana sahaja apatah lagi di media sosial.

Di akaun masing-masing, sudah tak ada rasanya gambar mereka berdua sedangkan tiada pula pengumuman mengenai perceraian dibuat mereka.

Agaknya sebab ini jugalah membuatkan ramai hairan dan syak mereka sudah bercerai. Kalau betul sudah bercerai, rasanya moleklah kedua-dua pihak beritahu kepada umum supaya tidak wujud salah faham orang ramai ye tak?

Kalau tidak berpisah pun dan masih bergelar suami isteri, Cik Bunga rasa wajar juga mereka perjelaskan kepada semua. Iyalah, punya banyak spekulasi liar, macam tak manis pula bila orang tuduh mereka bercerai.

Cik Bunga tunggu juga, mana tahu Risteena atau Isa Khan yang hendak keluarkan kenyataan mengenai hal ini sebelum ini.

Maklumlah khabar angin mengenai  isu ini sudah bertebaran sejak beberapa bulan lalu namun sehingga kini baik Risteena mahu pun Isa tak ada yang sudi jelaskan.

Kalau betul bercerai, apalah agaknya puncanya? Teringat Cik Bunga masa masing-masing duduk di pelaminan di majlis resepsi empat tahun lepas.

Cik Bunga hadir. Teringat juga Isa siap hasilkan sebuah lagu dan muzik video istimewa sempena pernikahan mereka. Lagu berjudul Karunia Terhebat. Harapnya khabar perceraian ini tidak benarlah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya