Remaja perempuan 13 tahun dilapor hilang - Utusan Malaysia

Remaja perempuan 13 tahun dilapor hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah di sebuah apartment di Bandar Baru Bangi di sini, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja itu pada 2.20 petang keesokannya.

“Remaja terbabit dikenali Nur Aleeyah Qistina Mohammad Adzham berusia 13 tahun berketinggian 155 sentimeter (cm), berbadan gempal dan berambut panjang.

“Remaja itu disedari hilang dari rumah di Bandar Baru Bangi, kira-kira pukul 3 petang, pada 21 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu untuk menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd. Khairul Hafiz Abd. Ghani di talian 018-4027665 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berdekatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya