GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Abdul Aziz Shah Mohamed, 19, meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan luka di bahagian perut.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, ketika sampai di lokasi kejadian, penunggang yang hendak melalui selekoh ke kanan jalan terbabas lalu melanggar penghadang besi di sebelah kiri bahu jalan. – UTUSAN