Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai bersama 10 rakan - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai bersama 10 rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, dekat sini, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Neram, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Mohd. Yusuf Adnan, 16, dikatakan mandi di sungai itu bersama 10 rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd. Zailani Abdullah berkata, difahamkan, mangsa mandi bersama rakan-rakannya di sungai ini dan tiba-tiba dihanyutkan arus.

“Beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkannya, namun gagal dan mangsa terus hilang dari pandangan,” katanya ketika di lokasi kejadian.

Mohd Zailani berkata, kira-kira 18 anggota bomba dari Balai Bomba Cheneh dan dibantu Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Chukai digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu pasukan penyelamat lain termasuk polis.

“Kita juga akan menambah kekuatan anggota termasuk dari unit STORM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya