RCI Batu Puteh: Pembangkang tidak setuju tindakan dikenakan terhadap Dr. Mahathir

RCI Batu Puteh: Pembangkang tidak setuju tindakan dikenakan terhadap Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang tidak bersetuju tindakan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tidak sepatutnya kerajaan menzalimi Mahathir yang merupakan seorang pejuang negara.

“Jangan jadi sesuatu yang kejam. Apa yang telah dibangkitkan oleh pakar-pakar sebelum ini adalah semata-mata sesuatu yang boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

“Apa yang saya hairan hari ini adalah apakah RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini tujuan dan matlamatnya untuk menghukum seseorang, apakah kita lakukan ini semata-mata untuk menghukum atau mencari sesuatu kesalahan tentang Mahathir sendiri.

“Kalau nak hukum Perdana Menteri (Mahathir), hukum juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sama telah bersetuju, termasuk Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) saya, hukum dia (sekali),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dibentangkan pada Dewan Rakyat.

Usul dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said itu akan dibahaskan 10 Ahli Parlimen daripada kedua-dua blok.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Larut itu berkata, biarlah sesuatu siasatan dilakukan mempunyai matlamat yang sebenar iaitu memaklumkan kepada rakyat mengenai perkara terjadi.

“Bukan (untuk) nak menghukum seseorang, yang kita nampak hari ini adalah semata-mata kerana kepentingan, kedendaman atau dendam kesumat seseorang terhadap Mahathir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya