Raysha Rizrose selamat bersalin - Utusan Malaysia

Raysha Rizrose selamat bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Raysha Rizrose selamat melahirkan anak perempuan di sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh kakaknya yang juga pelakon, Nelydia Senrose menerusi sebuah hantaran di Instagtam Story selain menzahirkan rasa syukur kerana adiknya sudah selamat melahirkan.

“Adik yang selalu ikut ke mana-mana bersama dan teman bergaduh kini sudah mempunyai anak. Tidak sangka kami akhiri tahun ini dengan kehadiran seorang lagi ahli keluarga. Alhamdulillah, atas kurniaan yang kami terima ini,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Nelydia yang merakamkan momen bahagia Raysha bersama suaminya, Nabil Jeffri itu juga sempat menitipkan doa demi kesejahteraan keluarga kecil mereka.

Pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu juga yakin adik kesayangannya itu dapat memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.

“Semoga Allah limpahkan keberkatan dan rasa sayang yang penuh buat mereka sekeluarga. Kami sangat gembira untuk awak berdua, Raysha dan Nabil.

“Kami tahu awak berdua akan jadi ibu bapa yang baik untuk ‘baby R’. Saya juga gembira melihat awak menggalas tanggungjawab baru ini sebagai seorang ibu dan saya yakin awak akan lakukan yang terbaik,” jelasnya.

Selain itu, Nelydia turut mendoakan agar anak saudaranya itu membesar dengan penuh kasih sayang dan sihat selalu.

“Baby R, awak akan sangat disayangi dan kami sangat bertuah dengan kehadiran awak. Semoga membesar dengan sihat, cantik dan kuat seperti Mommy awak. Saya akan manjakan dan sayang awak selalu,” katanya.

Untuk rekod, Raysha dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023.-UTUSAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya