Rapid Kuantan dijangka henti operasi selepas 12 tahun

Rapid Kuantan dijangka henti operasi selepas 12 tahun

RAZALI KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Perkhidmatan bas Rapid Kuantan dijangka tidak meneruskan operasinya di daerah ini tahun depan setelah 12 tahun beroperasi bermula 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, penghentian operasi Rapid Kuantan berikutan syarikat itu tidak memasuki tender terbuka dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berhubung Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) 2.0 di daerah ini dari 2025 sehingga 2030.

Bagaimanapun katanya, Rapid Kuantan perlu meneruskan perkhidmatan sehingga Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan untuk tender berkenaan.

“Kerajaan negeri mengadakan perbincangan bersama Rapid Kuantan dan APAD pada 8 Oktober lalu untuk mendapatkan penjelasan tentang pengoperasian bas di Kuantan.

“APAD telah membentangkan berkenaan tender terbuka yang dikeluarkan berkenaan SBST 2.0 di Kuantan dari 2025 sehingga 2030. Rapid Kuantan hadir untuk taklimat tender dan memaklumkan tidak memasuki tender terbuka SBST 2.0 Kuantan.

“APAD memaklumkan Rapid Kuantan perlu meneruskan perkhidmatan bas ini sehingga SST dikeluarkan untuk tender ini,” katanya ketika menjawab pertanyaan Chan Chun Kuang (PKR-Semambu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Razali, kerajaan negeri bersama APAD sentiasa memantau pengoperasian perkhidmatan bas berkenaan agar operator baharu yang dilantik nanti memberikan perkhidmatan terbaik bagi rakyat di Kuantan.

“Syarikat konsesi baharu itu nanti akan memberikan perkhidmatan menyediakan pas bulanan RM50 tambahan yang boleh digunakan selama sebulan selain menyediakan Kad Konsesi untuk orang kelainan upaya (OKU), pelajar dan warga emas dengan kos pendaftaran RM10. secara ‘one-off’,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya