‘Rancang kewangan keluarga dengan betul, anak bukan murah’ - Utusan Malaysia

‘Rancang kewangan keluarga dengan betul, anak bukan murah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui kos untuk membesarkan anak-anak di era ekonomi yang semakin meningkat ini tidak mudah.

Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, setiap ibu bapa tidak sepatutnya berkira dalam menyediakan keperluan asas yang lengkap buat anak-anak mereka.

“Itulah realitinya. Anak bukan murah. Zalim sekiranya kita (ibu bapa) tidak berikan keperluan asas untuk anak-anak,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam perkongsian sama, Uyaina turut berpesan kepada para ibu bapa untuk merancang kewangan keluarga dengan teliti agar kehidupan anak-anak terjamin di masa hadapan.

“Bila sudah menjadi ibu bapa, rancang kewangan betul-betul. Kena rancang betul-betul,” jelasnya.

Uyaina berkata demikian selepas berkongsi berita mengenai kos keperluan asas untuk membesarkan seorang bayi yang dianggarkan lebih RM15,000 pada tahun hadapan.

Pengiraan tersebut termasuklah, perbelanjaan membeli lampin pakai buang, susu formula, pakaian, kereta sorong dan kos perubatan anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya