KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah sekali lagi melanda kawasan Ranau pada pukul 10 pagi tadi, selepas gempa bumi lemah yang berlaku petang semalam.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi lemah pagi tadi bermagnitud 3.1 skala richter pada kedalaman 10 kilometer ada jarak 14 kilometer Barat dari Ranau.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, hasil rondaan di sekitar kawasan Pekan Ranau termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau, SMK Mat Salleh dan SMK Kundsang.
Beliau berkata, pemantauan awal mendapati keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Setakat ini, gegaran dirasai oleh mereka yang berada di bangunan tinggi manakala, mereka yang berada di kawasan rendah tidak terasa gegaran.
Pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat jika gegaran turut dirasai di kawasan Kundasang.
Ia adalah gegaran susulan selepas gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 skala richter berlaku pada pukul 2.56 petang semalam.-UTUSAN