Ramai teruja tunggu nombor plat ANU

Ramai teruja tunggu nombor plat ANU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ramai memberi reaksi setelah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengumumkan akan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan bagi siri ‘ANU’.

Nombor plat istimewa itu dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula 19 Disember ini dan akan ditutup pukul 10 malam pada 23 Disember, menurut JPJ Perak menerusi notis awam yang dikeluarkan.

Proses pendaftaran dan bidaan akan dilakukan secara dalam talian menggunakan platform https://jpjebid.jpj.gov.my , dan keputusan bidaan nombor plat berkenaan akan diketahui pada 24 Disember.

Pengumuman itu mencipta pelbagai reaksi orang ramai yang merujuk perkataan anu itu dengan kemaluan dalam perbualan harian.

“Ada pembeli kereta menunggu ANU untuk didaftarkan dengan kenderaan masing-masing. Malah ada dari luar Perak tertarik dan memberikan respon kepada hal ini,” kata seorang jurujual kereta yang enggan dikenali kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa siri nombor pendaftaran Perak yang bermula dengan huruf A menjadi perhatian kerana ia boleh membentuk pelbagai perkataan dalam perbualan harian.

Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan ‘AKU’ menjadi nombor pendaftaran paling popular di negeri berkenaan sehingga mengumpul nilai bidaan mencecah jutaan ringgit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN