Ramai pelakon muda minta berguru, Beto Kusyairy rasa belum layak - Utusan Malaysia

Ramai pelakon muda minta berguru, Beto Kusyairy rasa belum layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun sudah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-33, pelakon, Beto Kusyairy merasakan dirinya belum layak untuk mengadakan kelas lakonan.

Jelas Beto, atau NurKusyairy Zakuan Osman, 44, dia sudah beberapa kali menolak tawaran daripada pelakon muda yang mahu berguru dengannya kerana merasakan diri belum mahir.

“Saya ini pun bukanlah mahir, tidak pandai juga. Kalau saya ajar, rasa macam diri sendiri pun bukanlah hebat sangat, bagaimana mahu mengajar orang.

“Cuma apa yang saya boleh lakukan ialah
berkongsi pengalaman dan tips sedikit sebanyak dengan mereka.

“Tapi kalau diminta mengajar memang saya tidak punya kreadibiliti itu. Ramai lagi di luar sana yang lebih layak daripada saya seperti Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi dan Datuk Rahim Razali,” katanya.

Beto ditemui Utusan Malaysia di Sri Pentas, baru-baru ini.

Menurut pelakon Imaginur itu lagi, selain berguru dengan orang yang tepat, pelakon baru disaran mencari peluang bekerjasama dengan penggiat seni dengan budaya bekerja yang bagus.

“Cara terbaik untuk belajar ialah bekerjasama dengan orang yang bagus. Itu apa yang saya buat.

“Mungkin rezeki saya dapat bekerja dengan orang bagus, ia sangat membantu dalam kerjaya.

“Selain itu juga, teater turut menjadi platform yang sangat baik untuk kita belajar berlakon,” tambahnya yang pernah terlibat dengan pementasan teater arahan Erma Fatima.

Terdahulu, Beto mengakui menerima banyak permintaan daripada pelakon baru yang memintanya mengajar teknik lakonan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya