Rakyat Sabah sambut ketibaan Musa

Rakyat Sabah sambut ketibaan Musa

PENYOKONG Musa Aman yang hadir menyambut ketibaan TYT Sabah ke-11 di Terminal 2 KKIA, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pekarangan balai ketibaan VIP Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sesak dengan penyokong Tun Musa Aman seawal 8 pagi.

Penyokong tiba dengan sepanduk dan poster mengucapkan tahniah atas lantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin.

Musa dijangka tiba di Sabah tengah hari ini selepas menerima pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 pada Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan di Istana Negara semalam.

Pelantikan Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah berkuatkuasa pada 1 Januari 2025 bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Antara pemimpin UMNO yang dilihat tiba di KKIA Terminal 2 adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Juhar, 71, mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada 1 Januari 2011 dan beliau adalah TYT yang paling lama berkhidmat selama tiga penggal sebelum dilanjutkan selama tiga penggal pada 1 Januari 2023.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya