Rahmah Madani catat jualan RM39 juta di Terengganu 

Rahmah Madani catat jualan RM39 juta di Terengganu 

SAHARUDDIN Mohd. Kia (tiga dari kanan) memberi penerangan kepada Ariffin Deraman (dua dari kanan) mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan  Krismas 2024 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang dianjurkan di Terengganu mencatat jualan sebanyak RM39 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 22 Disember lalu.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, sepanjang tempoh itu, seramai 928,410 pengguna membeli pelbagai barangan keperluan di 854 lokasi PJRM yang diadakan di seluruh negeri.

“Sambutan orang ramai sangat memberangsangkan di setiap lokasi PJRM kerana menawarkan pelbagai barangan berkualiti dengan harga lebih murah hingga 30 peratus berbanding pasaran biasa.

“Matlamat kita adalah mengadakan sekurang-kurangnya dua kali penganjuran PJRM setiap bulan di semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu,” katanya selepas majlis pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2024 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa  Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Ariffin Deraman di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, matlamat PJRM 2024 berjaya dicapai dengan jualan antara 100 hingga 200 barangan keperluan asas di setiap lokasi PJRM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya