Rabbani teliti, tidak sewenang-wenangnya jadi duta umrah - Azadan - Utusan Malaysia

Rabbani teliti, tidak sewenang-wenangnya jadi duta umrah – Azadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Rabbani tidak sewenang-wenangnya menerima sebarang pelawaan syarikat pelancongan dan umrah yang berminat untuk melantik kumpulan itu sebagai duta.

Menurut ketua kumpulan itu Azadan Abdul Aziz, disebabkan itu, pihak Rabbani meneliti dan cukup berhati-hati sebelum memberikan persetujuan untuk menjadi duta kepada syarikat pelancongan dan umrah, Radius Worldwide Travel And Tours Sdn. Bhd.

“Pihak Rabbani memang agak berhati-hati dalam memilih tawaran menjadi duta. Pertama kami utamakan pengalaman pengendali perniagaan. Kami tahu latar belakang pengasas syarikat ini yang cukup berpengalaman membawa jemaah melakukan umrah.

“Kedua kami melihat syarikat ini ada modal yang cukup besar. Berbeza dengan beberapa syarikat pelancongan dan umrah lain yang gunakan wang jemaah untuk memulakan perniagaan. Radius Worldwide Travel And Tours Sdn. Bhd. tidak begitu, malah mereka stabil dari segi kewangan dan ini dibuktikan selepas saya meneliti dan kaji perkara itu.

“Keseluruhannya, syarikat ini sangat stabil, ada pejabat, modal dan wakil di hampir setiap negeri,” katanya.

Azadan berkata demikian semasa sidang akhbar pelancaran pakej umrah Ramadan bersama Rabbani dan perasmian Radius Worldwide Travel & Tours Sdn. Bhd di ibu negara, baru-baru ini.

Kata Azadan lagi, anggota Rabbani juga tidak rela merosakkan nama baik kumpulan itu, justeru selalu mengambil langkah berjaga-jaga dengan apa sahaja pelawaan menjadi duta yang ditawarkan kepada mereka.

“Rabbani sudah 27 tahun dalam industri seni, saya letakkan kumpulan ini sebagai satu kepercayaan. Kami tak mahu rosakkan nama yang kami bina selama lebih dua dekad ini.

“Ahli Rabbani pun sudah 10 kali mengerjakan umrah, disebabkan itu kami ada pengalaman menyantuni jemaah, bukan sekadar meraikan mereka malah akan turun padang dalam hal ehwal operasi dan pengurusan.
Kalau timbul masalah, kami sendiri berdepan jemaah.

“Kami bukan setakat bawa jemaah buat umrah secara aman dan tenang, malah kami mahu santuni jiwa mereka dengan cara kami menerusi lagu nasihat, sejarah, zikir dan selawat,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN